Rabu, 15 Oktober 2014

Tips Jimat Elektrik

Hello,

Hari ni saya nak share sedikit macam mana cara nak jimatkan penggunaan elektrik.  Masuk tahun ketiga hidup dengan abg saya dah terbiasa / disiplin kan diri..hihi mcm duk asrama pulak..Sejujurnya masa mula-mula kawen pelik juga, dalam hati aik kedekutnya abg ni, ha nak tahu kenapa?

 Antara ayat abg yang sampai saya dah hafal :

  1. Syg kenapa lampu bilik air tak tutup lepas guna?
  2. Syg basuh pinggan cuba buka air slow je, membazir.. ok ni memang xde kena mengena dengan elektrik Cuma nak korang bayangkan saya yang culture shock hidup sebumbung dengan abg.
  3. Malam jangan buka lampu kalimantang syg sbb walt tinggi, just buka lampu tido je ( oh ok romantik juga mcm ni, sedapkan hati sendiri)
  4. Buka peti ais jangan lama-lama
  5. Bla bla bla, hurm macam-macam lagi lah kan
Tapi sekarang ni sayalah yang sangat particular bab-bab penjimatan elektrik, maybe sebab dah terbiasa dengan cara abg. Setiap bulan bil elektrik kami tak pernah lebih dari RM30 hinggit :)
Kalau nak bawah RM20 memang tak logik lah kan sebab saya ada bela ikan ( 24 hours on oksigen), Microwave yang sentiasa standby mood ( sebab ada jam, so malas nak reset bila on/of kan), iron baju abg weekdays, cattle air yang agak kerap digunakan dan tv yang on dari pagi sampai malam..

Cara saya jimat Elektrik mudah je:
  1. Make sure tutup lampu yang tak guna, contohnya kalau xde orang dalam bilik off jelah lampu.
  2. Malam guna lampu tido sahaja ( beli mentol yang rendah walt- 11 walt kebawah)
  3. Kami beli peti sejuk yang jimat elektrik (inverter)
  4. Even iron pun kami akan tengok dia punya walt berapa..hihi
  5. Dan tv saya akan setting time sleep, supaya bila kita tertido xdelah tv yang tengok kitakan.
  6. Charger kalau dah penuh batry phone jgn lupa tutup plug.
  7.  Yang pasti mmg xde aircorn rumah kami:)

So selamat mencuba, moga boleh membantu kurang kan kos sara hidup yang semakin meningkat ni..

Chill.. Adiossss!!!


  • Kat rumah saya guna yang 5w. Lampu yang rendah walt biasanya lebih mahal dari yang walt tinggi. Tapi xpe asalkan boleh jimat kan


  • Lampu tido favorite saya sebab ada anyaman disitu..hihi abg beli kat air hitam kalau tak silap, hargapun murah je bawah RM50 hinggit ( murah tak semestinya tak cantik)

  • Akuarium ni saya hadiahkan untuk Ahmad sebenarnya, sebab dia suka sangat dengan fish.Sampaikan pernah menangis depan peti ais semata mata suruh saya keluarkan ikan yang sejuk beku tu..Adeh sekarang takde pulak dihadapnya..

  • Masa baru kawen peti ais kecik je, now abg dah upgrate besau plus yang inverter.Abg kata nanti bolehlah sayang buat stok susu untuk adik-adik ahmad (memandangkan tak berjaya 2tahun susukan Ahmad)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan